Sekarang aku belum ada mood nak cerita apa yang pernah kami usahakan dan alami sepanjang TTC tu. Penat kut orang interview, nanti lah aku buat satu slot pasal tu.
Memandangkan sekarang aku dah masuk trimester ketiga, memang taknak serabutkan kepala sangat. Hehehe. Memang terasa lain sekarang, letih. Tapi meh nak story bila aku dapat tahu aku pregnant..
Masa tu dalam tahun 2018, aku dan suami masih 50-50 pasal nak balik Malaysia bercuti. Terasa sukar dan mustahil (atas banyak sebab kewangan yang tak semua boleh aku kongsikan) tapi, memang kondisi tempat kerja husband tak macam tahun sebelum tu.. ada OT. Beza betul ada OT dulu dengan takda OT dah.. Dua tahun berturut sebelum itu pula kami sudah dua kali balik Malaysia. So, by the way.. atas perbincangan suami bersama keluarga mertua dan adik beradik ipar aku, kami decide balik jugak raya haji, seiring dengan majlis adik lelaki aku pula nak kahwin. Baik hati kan keluarga kami. Babah pula sanggup minta majlis dibuat raya haji semata nak kami pun ada bersama.
Faktor utama yang aku tak dapat nak elakkan daripada tak balik langsung tahun 2018 tu hanya kerana bagi aku orang tua kami bukan semakin muda, kita tak tahu bila kali terakhir kita dapat bersama mereka. Dalam pada masa yang sama kami masih baru dalam alam pernikahan dan tempoh menyesuaikan diri di tempat orang, apatah lagi dengan jaminan pekerjaan yang tak tentu. Pada ketika kami sampai segalanya indah. Namun, panas ku sangka ke petang tidak bertahan. Pelbagai dugaan yang datang. Mujur saja masih ada rezeki disini sehinggalah kini.
Dalam tahun 2018 itu juga, aku semakin pandai urus stress. Suami juga banyak membantu. Tarikh kami balik ke malaysia adalah pada 16 Ogos 2018. Aku semestinya tak tahu bahawa aku sedang berbadan dua. Hihi. Tapi buat pertama kali nya aku teringin pakai dress untuk senang solat. Biasanya naik flight aku selesa berseluar. Aku gembira dalam tempoh terdekat tu sebab suami selalu beri keizinan untuk aku keluar bersama kawan-kawan dan banyak juga masa di habiskan di taman bersama anak2 al ain. Kiranya tahun tu busy lah gathering dengan kawan sebab kawan-kawan ramai yang merancang menetap di Malaysia dan terpaksa diberhentikan kerja juga tak kurang ramainya (ini lah salah satu dugaan kami disini sepanjang 2016-2018).
Pada ketika itu juga aku tak sabar nak berjumpa dengan anak buah pertama aku di kampung! Sebelah ibu babah ku masih belum ada cucu memandangkan aku belum pernah hamil sepanjang 3 tahun kahwin. Seronoknya masa aku dapat tahu adikku mengandung (bunting pelamin) lepas nikah tahun sebelumnya itu pun tak hilang lagi.
Aku sehingga sempat request nak makan lemang Babah. Sesungguhnya setiap tahun babah buat lemang aku tak pernah teringin nak makan lemang pun. Setakat makan 5-6 potong gitu ajer.. 😆 tapi masa tu aku teringin benar. Pelik tapi aku tak terfikirlah apa.
Pagi 17hb. Ogos, selamat sahaja kami landing di KLIA, aku diambil abah mertuaku. Setiba di Saujana Rawang rumah kami, (SR) aku pun melantak durian. Memang tak ingat dunia makan durian masa tu. Seronok sangat jumpa durian. Setahun sekali lah jumpa kan.. abah dah simpan durian tu dalam freezer untuk kami. Malam itu kami terus ke kampungku sebab adik lelaki bakal nikah pada pagi 18hb. Ogos itu. Padat kan jadual kami? Ya memang selalunya padat sampai tak sempat jumpa kawan. Tak cukup cuti 4 minggu sebab keluarga pun dah besar. Kali ni serius memang jadual sangat padat.
Selepas akad nikah adik lelaki aku
Sebelum akad nikah
Umi pun datang bersama adik iparku
Nur Syah Azzahra bersama paklong dan maklong
Balik tu sempat pergi kenduri anak kawan ibu sambil edar kad jemputan adikku
Selesai majlis akad nikah adik, aku sibuk dengan persiapan raya haji pula. Raya pertama aku di rumah SR. Meriah nya sebab abah dan adik iparku ada buat korban. Alhamdulillah selesai raya haji. Aku ke rumah kampung semula esoknya untuk bantu persiapan majlis kahwin adikku pula yang bakal diadakan hujung minggu itu. Busy betul sebab sarapan pagi hari majlis nanti tuan rumah sediakan dna macam biasa masak lauk tambahan juga. Tapi sepanjang minggu tu aku sangat letih dan kerap tertidur bila tiba maghrib. Pelik tapi aku fikir jetlag aje. Hari persiapan tu mak unggal dan maklang ku sempat bergurau lagi yang aku mungkin mengandung. Hehe. Aku layankan aje. Seronok lah ramai-ramai masa tu tak terfikir nak terasa pun sebab aku dah biasa dan pada aku itu satu doa. Apatah lagi memang aku sepatutnya period pada sehari sebelum majlis adikku itu. So surprisely, aku belum datang haid. Maybe sebab aku penat sangat fikirku tapi lewat sehari dua itu biasa namun period ku tetap datang setiap bulan hampir on time.
Nak jadi cerita, aku masih tertidur lagi dalam bilik pada majlis kenduri tu. Kebetulan mak unggal aku dan maklang aku dah berpesan pada aku, jangan buat kerja berat. Aku pun memang tak beria sangat keluar rumah masa tu. Hanya keluar untuk sambut keluarga mertuaku saja. Betul lain macam aku tapi aku ikut aje nasihat orang tua masa tu. Setiap kali terlelap suamiku akan suruh aku baring betul-betul atas katil. Haha. Betul terlelap, bukan sengaja, kaki pun separuh katil sampai cramp kejap. Tapi sempatlah aku dan suami jadi bidan terjun pengapit sekejap sebab tiba-tiba MC announce penganting masuk sanding sedangkan pengapit syok makan haha . Itu adik bongsu aku punye plan dengan MC agak bercanggah dengan arahan Babah aku. Tapi abaikanlah. Mesti ada slack punya satu dua hal dalam merancang majlis ni. Small matter je tu. Masa adik perempuan ku dulu kes lain. Masa aku kes lain. Haha.
Lauk kenduri pun aku makan dalam bilik bersama adik ku dan baby Azzahra. Suami kami yang ambilkan. Sikit jerr aku tengok suami aku ambilkan nasi dan lauk. Hah. Sampai sekarang aku ingat! Aku lapar tapi badan tersangat letih semacam.
Esoknya berkemas di kampung setelah selesai kenduri. Kemudian baru aku dan suami ke SR. Hari aku tiba di SR tu adalah hari keempat aku lewat period. Masih boleh relax lagi. Tapi tiba-tiba suamiku bimbang sebab esoknya kami akan berangkat ke Kelantan. Ya untuk urut peranakan. Itulah salah satu rancangan utama mertuaku mahu kami balik Malaysia. Malam tu, suamiku beli test pregnancy kit untuk tahu jika aku hamil. Seingat aku jam 11malam, aku buat test, dan aku nampak 1 line, aku terus letak test kit tu atas rak cermin bilik air. Masa tu juga suamiku masuk bilik air dan tanya result. Aku cakap, “tengoklah tu 1 line kot”. Bila suamiku tengok, “B!” Aku terkejut lihat wajah suamiku sengih lebar betul sambil tunjuk “double line lah!” Buat pertama kali nya aku macam tak percaya. Sampai tak sempat pakai seluar lagi aku tarik baju suamiku yang dah tak sabar nak bawak test kit tu ke Umi. Tapi tak sempat nak halang, suami aku excited terus ke ruang bawah.
Aku stay di tangga sambil curi dengar perbualan umi, suamiku dan adik ipar perempuanku, Amirah. Aku dengar suara gembira mereka sambil siap google lagi makaud double line tu. Aku yang tadi masih terkejut, baru terasa sebak di dada. Aku terus turun dan peluk umi sambil mengalir air mata kegembiraan.
Begitulah saatnya aku tahu aku hamil. Pada ketika itu memang senyum lebarlah suamiku tidur malam. Lupa cerita, umi terus call Mumah di kelantan untuk batalkan urut. Pantas kauuu! Ayah war suami Mumah pula sempat meneka bahawa anakku kandung adalah boy! Haha surprise! Tapi planning balik Kelantan tetap diteruskan. Berdebar, nervous, risau, excited sebab nak balik Kelantan pertama kali, semua bercampur!
Yang diidam
Welcome to the family, Hana
Motor Hafriz
Cantiknya gambar keluarga ni
Aku pun buat kerja taw hihi
Kesian Azzahra tak sihat
Anak buah first keluarga mertua, Afi Arjuna!
Oh Lemang!!!
Persiapan majlis kahwin. Busy kan.
Korban di masjid
Tudung purple tu lah Mumah (kakak umi)
Princess makngah ni.. Alina dan kakak Ailani
Selamat Hari Raya AidilAdha
Colek cuka pun dah bedal masa tak tahu pregnant
Belated birthday Adibah #adikbongsu
First day jumpa Azzahra
Aku nak cakap satu je kat sini, niat kita Allah yang tahu. Usaha kita biar Allah yang adili. Tawakal kita hanya kerana Allah. Apapun kita buat tak ada erti jika tidak mendapat berkat dari Allah dan ibu bapa.
Aku percaya hikmah Allah di setiap kejadian dan aku yakin tidak sia-sia setiap doa yang dikirimkan hamba-Nya. Semoga Allah sentiasa memberkati aku, keluargaku dan sahabatku.


















