 |
| Gambar candid beraya di padang pasir, Julai 2015. |
Raya kali ini memang sangat berbeza. Post yang sebelum ni malam raya kami berkumpul di rumah sahabat. Jadi, tak masak juadah raya untuk esok. Memandangkan kami saje yang ade tanpa keluarga, so mood tu semacam lain kot. Aku cuma merebus nasi himpit segera yang dibawa dari Malaysia untuk sarapan dengan serunding daging yang dibekalkan oleh mertua aku. Pak Rashid dan Nabil yang pulang ke Malaysia untuk berhari raya menyerahkan kunci kereta kepada Suamiku untuk kegunaan kami jika diperlukan. Memang begitulah kita diperantauan ni, semua membantu, Alhamdulillah.
Keesokan pagi, aku berkesempatan ber'skype' dengan keluarga aku. Seronok nya tengok diorang. Oh ya, tahun ini pertama kali nya aku tak terlibat langsung dengan proses bakar lemang. Biasanya aku akan tolong babah. Termasuklah masak di dapur. 100% rindu kot!
 |
| Gambar diambil daripada Instagram adik kesayangan aku |
Raya pertama kami 4 keluarga kecil beraya ke rumah seorang kenalan dipanggil Abang Khalid dan kelaurga. Dapatlah makan soto dan rendang ayam. Best. Kemudian, kami pergi shooting di padang pasir yang ada. Haha. Bergambar kenangan.
 |
| Hey dessert, here we are! |
 |
| Selfie wajib! |
 |
| Bersama ibu mithali dan hero nya. |
 |
Di kanan aku pasangan Zue & Wak, di kiri aku pasangan Awa & Own. Picture credit to Husband, Amirul. |
Balik baru aku sempat nak masak kuah kacang pula. Alhamdulillah favourite aku ni. Kuah kacang berlauk ayam.
 |
| Nasi Himpit + Kuah Kacang Ayam + Serunding Daging |
Raya ke-2, kami ke rumah Kak Mimi dan Abang Helmi. Jangan tanya aku siapa mereka, kita beraya bersama dengan orang kampung (Malaysia) kita yang tak dapat beraya di tanah air. Perantauan sangattt. Nama pun raya kan.
 |
| Rumah kak Mimi dan Abang Helmi (Kak mimi tiga dari kiri) |
Kemudian kami ke Bowling Sport Centre meneman suami-suami kami bermain boling. Jeles betul tengok diorang main. Next, alang-alang di Abu Dhabi, kami ke Yas Mall untuk mencari Chatime! Rindu seyh dengan pearl hitam dalam minuman tu. Terlalu ramai orang di mall kerana public holiday kan. Aku tertarik dengan jubah abaya rakyat tempatan termasuk high heels mereka. Ada yang pelik-pelik tapi kita tengok yang cantik ajer. Kali ini abaya mereka bercorak moden dan warna tidak tertumpu pada hitam sahaja. Nanti nak cari!
 |
| Ber'chatime' di Yas Mall, Abu Dhabi |
Makan malam pula di Bandung Restaurant (Orang Indonesia ramai bekerja disini). Punyalah happy aku sebab dapat makan nasi ayam penyet. Berselera. Kemudian sederet kedai tu, ada kedai yang menjual barang makan dari Malaysia yang susah didapati di UAE. Tetapi mestilah harganya agak mahal dari biasa, contoh Tempe sepeket 5 dirham. Aku turut borong beberapa barang seperti tempe, sayur pucuk ubi, keropok warna-warni, tauhu, lepastu tak ingat dah tapi total dalam 85 dirham. Haha.
 |
| Restoran Bandung, Abu Dhabi, UAE. |
Raya ke-3, beraya di Al-Ain sahaja. Dapat pula makan nasi ayam di rumah Saifullah dan Wan Masriya. Sebelah petang, suami membawa aku ke Bawadi Mall, menghabiskan cuti nya kerana esok sudah mula bekerja. Mestilah seronok sebab dapat makan sedap-sedap. Rindu betul nak makan di TGI's Friday bersama maksu. Dan ini sebenarnya kali pertama aku dan suami berpeluang makan di sini. Alhamdulillah.
 |
| TGI's Friday, Bawadi Mall, Al-Ain. |
 |
| Very SWEET and Very SOUR, complete our day. |
 |
| Yummy, dessert! |
Senyum kenyang sampai pagi habaq hangggg! Thank you sayang. Next week nya, aku excited seyh nak masak sayur pucuk ubi tu. Maka terhasillah Masak lemak putih pucuk ubi aku, sambal belacan, ikan goreng, telur dadar dan kuih Tepung Bunga!
Selepas seminggu, aku rebus ketupat palas segera yang aku jumpa dalam almari. Haha. Aku pun masak rendang daging sebab masih rasa tak lengkap juadah raya hari tu.
 |
| Kali ni rendang menjadi. |
Atas permintaan, aku dengan tengah teruk senggugut ada hati nak buat makan-makan merangkap house warming di rumah kami pula. Sungguh bertuah sebab dibantu oleh Kak Fadz. Dan datang pula Zue pada sebelah petang dengan membawa bekalan nasi himpit tambahan. Maklumlah aku sampai 3 kali buat nasi himpit sendiri baru menjadi, tapi risau tak cukup pula. Tempe pun ikhsan kak Fadz untuk aku yang gila craving makan kuah lodeh pelengkap Lontong kite.
Menu yang dapat disediakan, Spaghetti Bolongnes, Lontong, Puding Roti dengan Pisang, Murtabak Ayam dan suami tambah pula Pizza Hut. Aku ada baki sedikit daging, aku buat lah dengan santan tak ada, tambah kemudian. Rasa nya amat berbeza dari sebelum ni. Haha. Kurang menjadi. Malam selasa tu, memang meriah. Alhamdulillah.