Thursday, 8 October 2015

5 Oktober untuk ke 25 kali dalam hidupku

Kalau ikut jam aku, masa tu...

4 Oktober,11:59pm Malaysia  7:59pm UAE. Sedang aku duduk kekenyangan makan nasi lauk sardin goreng kicap, ada call masuk. Pelik la husband sendiri suke ber'whatsapp' je apa-apa hal. "Assalamualaikum" serentak aku menjawab  "Assalamualaikum syg?" "Hello" sekali lagi, "Waalaikumussalam, dengar tak?" Semacam happy suara tapi kenapa??

"Happy birthday to you b" 

5 Oktober jam Malaysia. Terima kasih buat pertama kali nya kamu bukan orang terakhir atau orang keesokan hari yang wish birthday seperti 9 tahun perkenalan kita sebelum ini, tapi kamu orang pertama! Haha ada kemajuan.


Tapi tentang wish tu, aku sempat jawab "Eh..terima kasih..dah birthday ke? baru lepas makan nasi ni..emm" *gelak* *speechlees* *sambil tengok jam* *kredit Maxis ku habis* (call duration 01:12 minutes) Cis, potong betul.

Kerja baik-baik ya. Jumpa subuh nanti. Husband shift malam daaa on that day...hehe

Semoga kita diberkati Allah, semoga dipanjangkan jodoh kita ke syurga. Ameen.



Sedang bekerja, sempat upload ucapan hari lahir.
Betul ke husband I ni...eh eh.

Ni namanya kek rindu ibu. Setiap tahun hari lahir ku ada kek walau sepotong. Chewahhhh, ibu akan buat kek walaupun bukan pada tarikh 5 Oktober. Yela, kadang masa pun takda. But ingatan tu penting, haha. Maka terjadilah kek ni pada tarikh 7 Oktober, jam 2pagi. Aku guna tepung dah siap campur bahan buat kek tu, tapi loyang agak besar, jadi aku adjust lah sendiri. Tambah tepung, baking powder, separuh paket kecil Nescafe dan susu segar. Tengah masak, boleh pulak tak perasan plug Oven tu ter'off' sediri rupanya, actually baru tahu plug ada problem. Ada bau hangit sikit. Pastu sentiasalah tengok oven tu membakar ke tak. Then, dah siap, atas tu aku buat sendiri tulisan tu dengan campuran butter dan gula, perasa pandan, pewarna hijau dan sirap tuk warna pink. Di tepi kek aku tepek ajer Nuttella. Nyum nyum! Nuttella kot mestilah sedap, haha.



I made my own birthday cake for the first time.


Sunday, 4 October 2015

Lego Si Dia, Sketchbook Aku dan Colouring Book Kami

Al kisahnya, bulan September iaitu bulan ke-empat kami sebagai suami isteri dipenuhi dengan kisah minat ataupun boleh dikatakan hobi kami.

Dari dulu aku memang suka melukis.

Encik Suami pun berusaha untuk mencari sketchbook dan membeli pensel warna untuk Si Isteri. Encik Suami risau agaknya Si Isteri bosan di rumah.

Oh Thank You, Sweetheart.

Tetapi aku ni kalau mewarna, reti meniru dan mewarna air je. Warna pensel macam tak selalu buat. Jadi Encik suami yang tak sabar nak mewarna. Dimintanya aku melukis. Aku tak lah reti nak lukis permandangan secara terperinci, ala-ala potret boleh lah. Tetapi, lukisannya hitam sana sini. Haha.

Testing nak lukis gambar masa kawen sendiri.

Makanya, pada suatu hari gigih mencari kedai buku, kami rindu lepak di kedai buku masa dating sebelum kahwin pun banyak masa dihabiskan di kedai buku, kedai sukan dan pet shop. Kadang kala menonton wayang berdua atau bersama adik, kawan, serta keluarga.

Terjumpa lah Magrudy's di Bawadi Mall, Al Ain je. Dengan seronoknya Encik Suami terjumpa buku mewarna yang dicarinya.

Dapatlah kami mewarna bersama-sama di depan tv sambil berbaring secara bebasnya. Haha. Bonding time sangatttt.....

Sebenarnya pelik tengok Si Suami di kawasan Arts nihh..


Enchanted Forest. Setahun pun tak pasti boleh siap ke tak mewarna.
Nanti kita close-up rupa lukisan Johanna ni. Memang cantik dan teliti ahh.


Sempat melawat di Ikea, Al Ain. Tapi sini kecil showroom nya.
Lebih kepada Collect & Ordering.


Dan ketika itu juga die jumpa Lego. Habislah minat baru Encik Suami selain berfutsal, Lego! Selepas itu kami ke Toy R Us pula.. Tapi aku pun suka tengok Lego tu jadi tak terhalang la pulak bila Encik Suami berbelanja ke 'Lego' dia tu haha.

Ni baru mula-mula minat nih. Kalau minat nya menjadi-jadi,
tak tahu lah den nak khaborkan cemano.


Hari Raya Aidil Adha turut tiba pada bulan September. Aktiviti kami berkelah di Green Mubazarrah, Al Ain pada malam raya.

Berlatar-belakangkan Jabal Hafeet.
Pagi raya pula, kami pakai baju raya dan macam biasa meluangkan masa Skpye dengan keluarga di Malaysia. Raya kedua, Encik Suami mengorban kerja Overtime untuk meluangkan masa bersama isteri. Hihi. Apa lagi, kami ke Abu Dhabi memandangkan aku nak sangat minum Chatime disitu. Saja test drive "karpet terbang" tu jalan jauh sikit.

Disebabkan cuaca masih panas, kami ke Yas Mall saja. Niat nak ke Ikea Abu Dhabi di pendam je lah dulu. Penat weyhh jauh lah dari Al Ain ke Abu Dhabi. Sama macam ke Dubai.

Disini kami melawat kawasan yang tertentu je hehe. Ke Hamley's, ke Lego, Marks & Spencer, Virgin (kalau tak silap nama kedai jual macam-macam barang menarik, tak taw lah nak describe, nanti edit balik blog), ke Borders!, kemudian kesemua kedai sukan. Kecuali kedai kasut. Disebabkan aku pakai heels, dah penat nasib tak merengek nk masuk kedai kasut juga.  ðŸ˜‚😂😂

Self-Watering Smartport. Membesar sendiri tumbuhan nya- Antara barang menarik di kedai yang aku tak pasti nama kedai tu "The Virgin" ke apa ntah.

Apa senyum-senyum? -Hamleys' , Yas Mall, Abu Dhabi.

Borders, Yas Mall.

Balik Encik Suami belanja makan di Bandung Restaurant, Seronok lahhhh dapat makan pedas macam Malaysia. Tapi mahal gilos. Dua orang makan hampir 100 Dirham. Haha. Jangan selalu, sesekali okeylah.


Muka ada Happy depan makanan.
-2nd time ke Bandung Restaurant, Abu Dhabi.

Dan bila sampai di Abu Dhabi, mesti singgah kedai berdekatan situ yang ada jual barang makanan yang tiada di UAE seperti tempe, pucuk ubi, daun pandan, tauhu kering, daun sup, keropok, popadam, nasi impit segera, petis, lagi apa ya? Tak ingat. Aku nak beli daun pandan tapi takda stok. Biasalah barang rare kan. Harga mestilah mahal dari biasa. So kami beli Tempe 9 keping, buat makan sendiri dan buat sedekah kat jiran/kawan di Shabiyat Difa dan Shabiyat Maqam, Al Ain. Susah nak dapat, jadi kirim atau share lah dengan kawan. 😊😆

Misi seterusnya: Membeli alatan mewarna air.

Misi di musim sejuk yang bakal tiba hujung tahun ni: Melawat Ikea dan Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi, Melawat banyak tempat di Dubai dan shopping Jubah di Dubai atau Sharjah sebelum balik ke Malaysia awal tahun depan.

Cukuplah tu kot, nak pergi ke Ferrari World tu boleh tahan kos nya. Haha. Tapi memang sangat menarik hati. :p

Saturday, 29 August 2015

Kami dah ada 'karpet terbang' sendiri

Bulan ni agak beremosi. Penat set up rumah dan juga menyesuaikan diri di tempat baru diteruskan lagi dengan usaha encik suami mencari kereta second hand untuk kegunaan kami di sini. Busy lah. Ada sekali tu seminggu balik kerja, keluar semula sampai jam 2 atau 3 pagi kemudian pergi kerja semula pukul 6.30pagi. Sebab sini jauh-jauh tempatnya so pergerakan tu memerlukan masa dan kos. Jadi, duit mengalir pun macam air. Macam-macam dugaan dan cabaran juga, seperti dah janji dengan owner kereta untuk berjumpa di Dubai setelah separuh perjalanan, tiba-tiba cancel, kereta kawan temperature overheat lah dan pelbagai lagi lah.. Kos jangan tanya.

Tapi bersyukur sangat sebab dapat kawan-kawan yang baik dan tolong dengan ikhlas. Boleh tahu tu. Kami doakan dipermudah urusan dunia kahirat diorang yang berkorban masa, tenaga offer diri tolong kami. Yela suami aku tu pemalu, dan sangat taknak menyusahkan orang, orang susahkan die takpa.. Haha. Aku plak bebel bebel, cepat marah tapi tak sampai hati (Mengada kan? -kata suami). Salah seorang sahabat yang membantu kami tu, wife nya di Malaysia sedang sarat mengandung, kami doakan dipermudahkan lah urusan nya bersalin nanti. 

Bukan keputusan dan kerja yang mudah tapi bila difikirkan penting untuk ada kenderaan sendiri. Banyak faktor yang kami rasa mendorong untuk kami mencari kenderaan sendiri. Antaranya:

Pengangkutan untuk pergi kerja. 
Memang lah disini boleh menumpang kawan tapi jikalau shift sama. Memandangkan ada perbezaan jenis shift sebulan pagi, kemudian rotate sebulan malam, ada yang rotate setiap dua minggu dan ada juga yang hanya morning shift atau night shift ajer. Yang tu takyah explain lah mengapa sebegitu. Oh ya, van ade disediakan tapi biasalah ada lah kekurangan dari segi waktu pickup pekerja yang tak tentu kadang awal sangat, kadang ikut suka driver lah. Ehhhhh.....

Sakit. 
Memang sangat penting kereta untuk transport bila sakit, or any emergency cases, yang boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita mahu. So bersedia, dan tak perlu tunggu lama untuk bertindak. Dengan izin-Nya. Especially ibu mengandung ker kan....mana lah tahu, aku belum lagi la sekarang ni, Dah jangan tanya lebih-lebih. Rosak honeymoon orang.

Masa yang flexibel. 
Dah tentu lah kami dapat urus masa dengan lebih mudah, dan menjimatkan masa ikut suka hati lah. Takdelah pening kepala okey, this week lauk habis ke, perlu pergi mana? Bila? Kadang tempat yang dituju bukan satu tapi dua, tiga tempat lain-lain urusan dan tujuan ya. Dapat rehat secukupnya. Tak tergessa-gesa. Selesa so dapat minimakan stress kadang-kadang tu. Kalau ada urusan yang perlu time-off sebentar atau half day, tak perlu susah tunggu teksi, perlu call dulu apatah lagi kalau urgent. Masa merancang pun lebih cepat.

Bajet. 
Dari segi bajet, dah tentu kami ada pertimbangkan. Sewa kereta, naik teksi dan pinjam kereta kawan. Everything melibatkan kos. Kami telah tetapkan certain bajet untuk kereta. Which mean, the cost shud not exceed the budget to makesure we're still can commit with others essential needs like house rent, food, and bla bla bla...comitment di Malaysia (keluarga dan rumah) oh ya, loan also, for at least 3 years from now. So dengan itu sila simpan keinginan nak kereta hebat-hebat ya. Walaupun hebat, kemudian merana, susah juga. Almaklumlah ramai kawan-kawan pakai kereta hebat BMW, Chevrolet and macam-macam lagi disini. Alhamdulillah kami dapat cari yang murah dah, banyak juga perlu di baiki (servis dan tukar ganti sparepart tak banyak) tetapi as long as still dalam bajet dan tarikh keluar kereta tu tidak lama sangat serta keluasan yang mencukupi. Bukan apa, kami mementingkan keselamatan, jadi kami akan pastikan kereta selamat untuk perjalanan jauh juga memandangkan disini lokasi satu tempat ke satu tempat jauh.

Perasaan selesa dan tenang. HAHA. 
Bunyinya sesuatu sangat kan.... Maksud disini, kami taknak menyusahkan orang, dulu suami tu bujang tak mengapa lah, kini dah berkeluarga. Well, manusia pun ada kelemahan, kita ni makin lama hidup makin banyak belajar dan kenal kehidupan. Tak salah rasanya mencari keselesaan sendiri dan ketenangan hati. Kami amat memahami situasi mereka yang takda transport sendiri, kami berharap kami pun dapat membantu orang lain. Hidup berjiran, bermasyarakat, ambil yang positif, kita buat yang betul, abaikan salah orang. 

Kalau ada lagi poin, aku tak ingatlah. 

Tapi pada masa yang sama bulan ini pun kami masih dalam proses settle kan visa dan kad insurans aku.. Ulang alik pergi medical checkup dengan teksi. Jadi, agak serabut di situ. HAHA. Naseb kami hot, cool, hot, cool balik... kelmarin 27hb kut kalau tak silap. Siap dah Visa dan insurans...tinggal tunggu Emirates ID aku. Tertera di Passport bahagian visa 3 tahun menetap, House wife  kepada encik sposor, Suami. HIHIHI. Suke? Suke ar suri rumah. Best. 

Karpet tebang kami di bumi padang pasir..ada aircond taw :p
Si Comel putih ni belum ada nama. Haha aku memang suka bagi nama pada kereta. Di Malaysia aku sudah ada Elegant Brown, kereta tempatan Malaysia Saga FLX (ofcourse sedan..i like sedan). Banyak kali aku bermonolog, kau bukan sehebat BMW, Mercedes tapi kaulah yang bakal jadi saksi susah senang kami dari mula nak dapatkannya sehinggalah tak tahu berapa lama kami disini.

Minggu terakhir Ogos, suami seperti biasa bawa aku ke Bawadi Mall untuk hantar duit ke Malaysia. Aku suke lah keluar. Aku telah jatuh hati dengan Marks & Spencer buat kali kedua. Kalau dulu maksu hadiahkan blouse yang sangat cantik dan selesa dari Marks & Spencer, sekarang aku suka pada lingerie dan kasut. But more to garment and lingerie lah... bukanlah suruh shopping tiap minggu disitu. haha..pandai-pandailah kau, duit kau. Sini cuma nak cakap, beli bila sales cam aku, dapat less dan barang berkualiti. Beli sikit-sikit. Haha. Terima kasihlah encik suami kerana melayan isteri anda, lepas ni aku duk diam haha.. Nanti kita cari barang awak pula. ;)

Okey malam tu juga, keluarga kecil suami aku mesej nak datang rumah kami breakfast katanya. Suami tanya aku, "bolehhh..datanglah" (memandangkan senggugut pun dah berkurang). Aku dah anggap macam keluarga aku juga. Merekalah orang tua kami di sini. Aku tak pro lah masak banyak-banyak nih... haha dulu masa mai sini, tak reti bajet sikit ni dah tak reti bajet banyak pulak.

So, di Bawadi Mall, main boling. Kemudian ke ACE Hardware untuk cari bahan yang boleh membesih dalam kereta dan kemudian misi mencari jaket jeans aku (cancel sebab dah takda saiz), tukar plan cari aku punya barang lingerie dan tiba-tiba suami kata belilah wedges tu kalau dah berkenan, Yes! lepas ni boleh keluar jenjalan pakai skirt, baru nampak tak pendek. Aku ni gila kasut, dari Malaysia aku bawa dua heels, satu pasang flat shoes, satu pasang selipar dan satu pasang sport shoes. Bila nak pakai kain, perlu sesuatu yang nampak tak rendah hahahah......wedges sesuai tuk aktiviti kasual, apatah lagi di kawasan berpasir nih. So seronoklah impian tercapai.

Sampai rumah pukul 1 pagi, mengemas dan memasak. Aku teringin makan kentang putar. Buat kejap simple je. Rebus kentang sampai empuk, lenyek dengan susu segar, lada sulah, lada hitam dan aku tambah sikit cream cheese. Gravy takyah lah..

Tak tidur sebab subuh jam 4.20pagi. Lagipun bulan ni suami shift malam, so mata memasing da biasa segar..pagi dah terang nanti baru tidur. Aku proceed lah dengan menu untuk tetamu special pagi tu, Nasi Lemak, Ayam goreng salut tepung dan kek honey (beli). Minuman, suami request nak Teh Susu. Jarang buat Teh Susu. Biasa buat kalau dirumah mertua ajer..


Nasi lemak. Teh susu. Kek Honey. 
Keropok Kelantan (my favourite)

Candid . Dari kiri, Pak Wan, Abg Faizal, Pak Rashid, sahabat suami,
'adik bongsu' mereka my lovely husband 

Santai minum teh susu dengan honey cake..Lawak Ker Der 5

Alhamdulillah seronok rasanya dapat jamu mereka makan. Terima kasih pada suami yang rajin bantu isteri menyediakan juadah untuk tetamu dan ofcourse mengemas rumah. Awak memang pandai berkemas.

Agak kasar perbelanjaan bulan ini. Tapi tak mengapa, kita tetap ada bahagian rezeki kita apatah lagi kalau kita selalu jamu jiran atau tetamu dengan makanan dan layanan yang terbaik. Syukur, kini transport pun tiada masalah.

September bakal menjelang, Are you ready?

Monday, 10 August 2015

Aidilfitri 1436H dari UAE

Gambar candid beraya di padang pasir, Julai 2015.

Raya kali ini memang sangat berbeza. Post yang sebelum ni malam raya kami berkumpul di rumah sahabat. Jadi, tak masak juadah raya untuk esok. Memandangkan kami saje yang ade tanpa keluarga, so mood tu semacam lain kot. Aku cuma merebus nasi himpit segera yang dibawa dari Malaysia untuk sarapan dengan serunding daging yang dibekalkan oleh mertua aku. Pak Rashid dan Nabil yang pulang ke Malaysia untuk berhari raya menyerahkan kunci kereta kepada Suamiku untuk kegunaan kami jika diperlukan. Memang begitulah kita diperantauan ni, semua membantu, Alhamdulillah.

Keesokan pagi, aku berkesempatan ber'skype' dengan keluarga aku. Seronok nya tengok diorang. Oh ya, tahun ini pertama kali nya aku tak terlibat langsung dengan proses bakar lemang. Biasanya aku akan tolong babah. Termasuklah masak di dapur. 100% rindu kot! 
Gambar diambil daripada Instagram adik kesayangan aku

Raya pertama kami 4 keluarga kecil beraya ke rumah seorang kenalan dipanggil Abang Khalid dan kelaurga. Dapatlah makan soto dan rendang ayam. Best. Kemudian, kami pergi shooting di padang pasir yang ada. Haha. Bergambar kenangan. 


Hey dessert, here we are!
Selfie wajib!
Bersama ibu mithali dan hero nya.

Di kanan aku pasangan Zue & Wak, di kiri aku pasangan Awa & Own.
Picture credit to Husband, Amirul
.

Balik baru aku sempat nak masak kuah kacang pula. Alhamdulillah favourite aku ni. Kuah kacang berlauk ayam.


Nasi Himpit + Kuah Kacang Ayam + Serunding Daging
Raya ke-2, kami ke rumah Kak Mimi dan Abang Helmi. Jangan tanya aku siapa mereka, kita beraya bersama dengan orang kampung (Malaysia) kita yang tak dapat beraya di tanah air. Perantauan sangattt. Nama pun raya kan.
Rumah kak Mimi dan Abang Helmi (Kak mimi tiga dari kiri)

Kemudian kami ke Bowling Sport Centre meneman suami-suami kami bermain boling. Jeles betul tengok diorang main. Next, alang-alang di Abu Dhabi, kami ke Yas Mall untuk mencari Chatime! Rindu seyh dengan pearl hitam dalam minuman tu. Terlalu ramai orang di mall kerana public holiday  kan. Aku tertarik dengan jubah abaya rakyat tempatan termasuk high heels mereka. Ada yang pelik-pelik tapi kita tengok yang cantik ajer. Kali ini abaya mereka bercorak moden dan warna tidak tertumpu pada hitam sahaja. Nanti nak cari!
Ber'chatime' di Yas Mall, Abu Dhabi
Makan malam pula di Bandung Restaurant (Orang Indonesia ramai bekerja disini). Punyalah happy aku sebab dapat makan nasi ayam penyet. Berselera. Kemudian sederet kedai tu, ada kedai yang menjual barang makan dari Malaysia yang susah didapati di UAE. Tetapi mestilah harganya agak mahal dari biasa, contoh Tempe sepeket 5 dirham. Aku turut borong beberapa barang seperti tempe, sayur pucuk ubi, keropok warna-warni, tauhu, lepastu tak ingat dah tapi total dalam 85 dirham. Haha.


Restoran Bandung, Abu Dhabi, UAE.

Raya ke-3, beraya di Al-Ain sahaja. Dapat pula makan nasi ayam di rumah Saifullah dan Wan Masriya. Sebelah petang, suami membawa aku ke Bawadi Mall, menghabiskan cuti nya kerana esok sudah mula bekerja. Mestilah seronok sebab dapat makan sedap-sedap. Rindu betul nak makan di TGI's Friday bersama maksu. Dan ini sebenarnya kali pertama aku dan suami berpeluang makan di sini. Alhamdulillah.



TGI's Friday, Bawadi Mall, Al-Ain.


Very SWEET and Very SOUR, complete our day.
Yummy, dessert!

Senyum kenyang sampai pagi habaq hangggg! Thank you sayang. Next week nya, aku excited seyh nak masak sayur pucuk ubi tu. Maka terhasillah Masak lemak putih pucuk ubi aku, sambal belacan, ikan goreng, telur dadar dan kuih Tepung Bunga!







Selepas seminggu, aku rebus ketupat palas segera yang aku jumpa dalam almari. Haha. Aku pun masak rendang daging sebab masih rasa tak lengkap juadah raya hari tu.



Kali ni rendang menjadi.

Atas permintaan, aku dengan tengah teruk senggugut ada hati nak buat makan-makan merangkap house warming di rumah kami pula. Sungguh bertuah sebab dibantu oleh Kak Fadz. Dan datang pula Zue pada sebelah petang dengan membawa bekalan nasi himpit tambahan. Maklumlah aku sampai 3 kali buat nasi himpit sendiri baru menjadi, tapi risau tak cukup pula. Tempe pun ikhsan kak Fadz untuk aku yang gila craving makan kuah lodeh pelengkap Lontong kite.

Menu yang dapat disediakan, Spaghetti Bolongnes, Lontong, Puding Roti dengan Pisang, Murtabak Ayam dan suami tambah pula Pizza Hut. Aku ada baki sedikit daging, aku buat lah dengan santan tak ada, tambah kemudian. Rasa nya amat berbeza dari sebelum ni. Haha. Kurang menjadi. Malam selasa tu, memang meriah. Alhamdulillah.






Thursday, 6 August 2015

Ramadhan pertama aku sebagai 'Suri Hati' Amirul Syafiq

KLIA, 13 June 2015 - picture credit to Abah (mertua)
Lebih kurang seminggu mendarat di UAE, Ramadhan pun tiba. Yelah, kami bernikah bulan Syaaban, tiga minggu busy hal perkahwinan dan busy urusan dokumen aku untuk berhijrah sebab suami hanya dapat cuti 3 bulan sahaja. Faham-faham je lah sibuknya.


Rumah sewa kami di Saabiyat Al-Maqam,
Abu Dhabi, UAE.
Ampaian tu acah je tu, sidai baju dalam rumah je.
Luar banyak debu dan angin kuat
.

Mengingatkan kembali ketika itu, aku agak mengalami kejutan cuaca. Paling dapat dikesan, ialah kulit aku yang sensitif ni. Kering teramat sangat sampai kulit di tumit kaki merekah dan sedikit berdarah. Botol losyen Vaseline yang besar tu pun ringan dah, tak sampai sebulan kut. Nak cerita lagi, air paip yang boleh wat maggie bila mula matahari naik sekitar jam 12 tengahari. So, nak basuh membasuh, masak memasak, sebelum pukul 2 petang lah. Tapi disebabkan aku dan suami keletihan, dan tambahan pula si suami shift malam, memang jadual tidur aku pun bersepah. Aku memasak sebelum suami pergi kerja jam 3.30 petang. Panas tak panas, aku redah je. Malas nak masak awal sangat. Sampai sekarang pun ada kesan kulit yang naik biji-biji merah sebab mandi air panas masa mula-mula datang sini. 


Sekali tulis Arab daaaa... Sayur hijau kat sini banyak yang aku tak kenal dan banyak yang takde seperti di Malaysia. 
Contoh: Daun Sup!
Tentang masak-memasak, aku google ajer lah. Tapi serabut juga pikir nak masak apa. Haha. Saat itu aku baru betul-betul memahami perasaan ibu bila ibu tanya, "Nak masak ape hari ni? takde idea lah". 

Ramadhan kami sambut dengan tenang berdua. (Yeke tenang??). Tapi kami sebenarnya sayu kerinduan keluarga di Malaysia. Ramadhan kot, time ni lah kita duduk makan bersama dengan hampir semua ahli keluarga di hampir setiap hari dan hampir setiap hari itu jugalah menu meriah. Dan Ramadhan 1436H inilah juga, Ramadhan pertama aku bersama suami walaupun langsung tidak dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga. 

Jangan tanya aku Homesick ke tak, ada menangis ke tak. Mestilah ada. Terutama bila aku sendirian di rumah, di atas sejadah. Sayu derr...

Sekurang-kurangnya aku ada suami disisi dan bila rindu, berdoalah untuk mereka di Malaysia.

Rumah Pak Rashid - Shaabiyat Difa.

Oleh itu, aku nak sambung cerita ada seorang baik hati ni dikenali sebagai Pak Rashid. (Hampir semua orang Malaysia disini mesti pernah dengar lah nama tu). Dulu, suami aku tinggal bersama-sama dengan Pak Rashid, Pak Wan, dan ramai lagi lah yang membujang di sini. (Di Malaysia ada yang bujang dan sudah berkeluarga). Kami suami isteri dijemput berbuka bersama ahli rumah tersebut. Kami panggil villa Shaabiyat Difa. So, rasa sedih tu berkuranglah sedikit. Alhamdulillah. Seronok. 



Rumah arab kat sini besar-besar, (Asalnya sebuah villa) kemudian diorang renovate sikit buat pecahan untuk disewakan. Dapat banyak pintu untuk disewakan.  Untungkan? Bentuk akan dapat pelik-pelik. Kadang Ruang tamu kecil, bilik besor amat. Kadang bilik kecik, bilik air nya macam saiz bilik. Begitulah ceritanya. Sewa mahal ler. Kami bayar AED 1800 sebulan, bayar setiap 3 bulan. Tapi alhamdulillah bagi aku, rumah yang disediakan suami amat selesa dan lengkap keperluan asas termasuk dapur, TV, set bilik tidur dan peti. 


Kemudian, Pak Rashid ada bawa kami ke bazar Ramadhan yang terletak di Dubai. Kecil aje kawasannya. Ofcourse dibawah bumbung dan dalam pagar. Tak banyak gerai lah macam Malaysia. Tapi ada lah lauk pauk, kuih Malaysia. Harga? Mestilah up lagi, rare kut. Untuk berbuka, solat terawih dan mendengar ceramah di Dubai bersama orang Malaysia yang lain, kami ke Nasa Villa. Aku tak tahu sangat tapi bila sampai situ, ada yang antara mereka kata tahu event iftar tu melalui facebook. Bagus juga kan?

Bazar Ramadhan -picture credit to Pak Rashid

Inilah alat aku gune sebab blender yang ada dirumah tu rupanya rosak. Haha jenuh weyh.. Masa tu ikut sangat resepi rendang tu suruh blend all the garlic and onions, including ginger bla bla bla... SEKALI ibu cakap, ala takyah tumbuk hancur pon takpe lahhh... =='

Berbuka di Nasa Villa, Dubai.
Ramadhan terakhir, kami berkumpul di rumah kawan yang berada di A-Maqam juga. Disitu, aku berkenalan secara face-to-face dengan kawan perempuan; Awa (wife kepada Own) dengan dua hero kecil mereka, Zue (wife kepada Wak) mereka ada seorang cahaya mata lelaki dan juga Kak Faz (wife kepada Paroi) pengantin baru hujung tahun lepas (November, 2015). Actually kami buat potluck. Kami terlupa snap gambar. Haha. Tapi yang tak dapat dilupakan, itulah pertama kali aku masak Roti jala dan pertama kali suami buat sendiri kuih kegemaran keluarga mertua, iaitu Kuih Tepung Bunga. Sedap taw. Orang Kelantan mesti tahu kuih ni.

Nasi Lemak without Daun Pandan

Simple but yet delicious. Salmon ala-ala bakar, Sup Sayur, Sambal Bodo


Ayam goreng tepung hakuuuu.HAHA

Bekalan berbuka suami: Telur kicap, Kurma goreng, Sayur buncis dan haa tu aku buat sendiri
Cappati dan gulung daging burger + cheese + lada benggala + tomato + brokoli
(Suke hati aku lah nak campak ape) 

Percubaan buat sendiri popia basah kerana aku terlalu rindu Popia IBU.
Payah nya part nak buat sendiri kulit popia tuh. Sebab aku suka kulit yang buat sendiri.
Tangan siap kene pan yang panas. Fisrt timer kot.

Kemainnnn menu sahur kami... Fish fillet with Homemade tar tar sauce, seketul goreng pisang buat semalam
dan suami makan Nasi Beriani (Sedekah oleh staff tempat kerja kott...camtulah)

Itulah dia Kuih Tepung Bunga kegemaran my husband. Disamping menu Daging Black Pepper kering HAHA dan sayur kobis tumis kari dengan sotong
Ini beberapa menu berbuka puasa kami daripada air tangan seorang isteri yang dulu nya, hari-hari kerja balik rumah, ibu dah masak. HAHA. Aku ade kenangan 2nd day di UAE, aku punya teringin nak masak rendang, maka terhasillah Rendang Ayam Drumstick, tapi agak kering dan dalam tak berapa masak. Kesian suami hihi. Tapi dia cukup saboorrr dengan wife die yang kelam kabut nih. (Tak tahu lah sebab baru lagi kannn..kann...kann...belum sebulan menikah lagi masa tu ==')

Wednesday, 5 August 2015

Hujan di bumi padang pasir



Dialog aku disuatu petang : 
" Hujan?! Hujanlah! Subhanallah. Subhanallah.
Hari ini dapat dengar bunyi hujan. Sesungguhnya malam semalam aku amat rindu untuk dengar bunyi hujan.. Allah Maha Mendengar.
Berdoa ketika hujan turun yuh."

Haa, kini aku telah pun berhijrah mengikut suami yang bekerja di United Arab Emirates (U.A.E). Memang bukan iklim disini lah hujan ni. Panas nya pula mencecah 50 degree celcius. Pernah lebih kut. 

Al-kisahnya malam sebelum tu, aku tak dapat melelapkan mata sehingga 30 minit sebelum bangun untuk sediakan juadah sahur puasa 6 kami. Suami yang nyenyak tidur, aku tenung dan usap kepalanya (ofcourse lah, dah halal kan). Dalam kepala, bermacam-macam hal. Sebenarnya sudah 2 hari (termasuk hari ini, 3 hari), suamiku dilanda selsema. Kesian sangat dengar bunyi hidung tersumbat dan suara sengau tu. Jadi malam itu aku risaulah kalau-kalau demam pula. Alhamdulillah, suhu badannya tak pula panas. Cuma, mengigau apa aku pun tak paham. Haha.

Sedang itu, aku pun teringat pada Ibu. Rindu sungguh. Teringat pula ibu sedang tak sihat. Selsema dan asma. Mestilah ada rasa nak demam. Aku pun berdoalah semoga ibu cepat sihat.

Resah tak boleh tidur, aku tiba-tiba rindu akan bunyi hujan. Rindu bau hujan. Rindu nak menadah tangan berdoa ketika saat hujan turun. Rindu berlari ke sudut laluan tangga office yang ada cermin, untuk melihat hujan turun dan berdoa. Terdetik di hati, "kalau hujan ni sedap tidur ni". 

Keesokan hari, aku sedang menggodek laptop suami, untuk create blog sendiri, aku terdengar semacam bunyi yang aku kenal, bunyi hujan jatuh pada atap. Pada masa tu jam hampir 5.00 petang (jam U.A.E). Memang excited lah terus buka pintu untuk pastikan, benar atau tak hujan nih. Gembiranya rasa hati sampai nak menangis pun ada. Terus ambil wudu untuk solat Asar. Aku sempat hantar whatsapp pada suami yang sedang bekerja, " Subhanallah hujan yang, berdoa cepat". 

Setelah selesai solat, kedengaran hujan makin perlahan. "Biasalah memang sekejap la kalau hujan turun pun disini" teringat kata suamiku pada tahun lepas, ketika itu kami masih ber'kawan', tunggu kepulangannya untuk bertunang pada hari raya haji tahun lepas. 

Ehhh, sempat throwback pula. Share gambar tunang satu..... (HAHA..gelak jahat)


OK, semua pakat suruh bergambar
 ni la hasil nye.


Umi sarungkan cincin tapi tangan
aku menggeletar semacam

Tiba-tiba, hujan lebat kembali. Selesai berdoa, aku bangun untuk lihat hujan. Terus ku capai handphone, dan sempat merakam video.

Video turut dikongsi bersama suami, dan terus dikongsi pula dalam grup whatsapp keluarga kami. Seronok, teruja dan tak henti ucap Alhamdulillah. 

Yang tak dapat dilupakan, aku curi-curi rakam sebab risau ada orang lalu depan pintu rumah, kemudian dengar bunyi air hujan jatuh 'tap..tap..tap' atas lantai. Rupa-rupanya, bocor rumahku. Tapi sedikit. Di dapur. Suku baldi pun tak sempat tadah, sebab tak teruk bocornya dan hujan dah pun berhenti.

Itulah pengalaman pertama aku yang rindu kan hujan di bumi padang pasir. 

(Tinggi pulak tembok rumah orang arab nih, terlebih duit sangat..haha)



YaAllah, turunkanlah hujan yang bermanfaat. Even if its for a short while.