Thursday, 14 February 2019

Majlis kahwin, Raya haji dan Aku ‘pregnant’ ??

3 tahun 3 bulan aku TTC walaupun banyak dugaan, tapi kami buat yang termampu yang boleh. Tapi yang pasti tuhan tu tak kata buat macamni, confirm jadi. Tapi kita sendiri kene tunjuk usaha.

Sekarang aku belum ada mood nak cerita apa yang pernah kami usahakan dan alami sepanjang TTC tu. Penat kut orang interview, nanti lah aku buat satu slot pasal tu.

Memandangkan sekarang aku dah masuk trimester ketiga, memang taknak serabutkan kepala sangat. Hehehe. Memang terasa lain sekarang, letih. Tapi meh nak story bila aku dapat tahu aku pregnant..

Masa tu dalam tahun 2018, aku dan suami masih 50-50 pasal nak balik Malaysia bercuti. Terasa sukar dan mustahil (atas banyak sebab kewangan yang tak semua boleh aku kongsikan) tapi, memang kondisi tempat kerja husband tak macam tahun sebelum tu.. ada OT. Beza betul ada OT dulu dengan takda OT dah.. Dua tahun berturut sebelum itu pula kami sudah dua kali balik Malaysia. So, by the way.. atas perbincangan suami bersama keluarga mertua dan adik beradik ipar aku, kami decide balik jugak raya haji, seiring dengan majlis adik lelaki aku pula nak kahwin. Baik hati kan keluarga kami. Babah pula sanggup minta majlis dibuat raya haji semata nak kami pun ada bersama.

Faktor utama yang aku tak dapat nak elakkan daripada tak balik langsung tahun 2018 tu hanya kerana  bagi aku orang tua kami bukan semakin muda, kita tak tahu bila kali terakhir kita dapat bersama mereka. Dalam pada masa yang sama kami masih baru dalam alam pernikahan dan tempoh menyesuaikan diri di tempat orang, apatah lagi dengan jaminan pekerjaan yang tak tentu. Pada ketika kami sampai segalanya indah. Namun, panas ku sangka ke petang tidak bertahan. Pelbagai dugaan yang datang. Mujur saja masih ada rezeki disini sehinggalah kini.

Dalam tahun 2018 itu juga, aku semakin pandai urus stress. Suami juga banyak membantu. Tarikh kami balik ke malaysia adalah pada 16 Ogos 2018. Aku semestinya tak tahu bahawa aku sedang berbadan dua. Hihi. Tapi buat pertama kali nya aku teringin pakai dress untuk senang solat. Biasanya naik flight aku selesa berseluar. Aku gembira dalam tempoh terdekat tu sebab suami selalu beri keizinan untuk aku keluar bersama kawan-kawan dan banyak juga masa di habiskan di taman bersama anak2 al ain. Kiranya tahun tu busy lah gathering dengan kawan sebab kawan-kawan ramai yang merancang menetap di Malaysia dan terpaksa diberhentikan kerja juga tak kurang ramainya (ini lah salah satu dugaan kami disini sepanjang 2016-2018).

Pada ketika itu juga aku tak sabar nak berjumpa dengan anak buah pertama aku di kampung! Sebelah ibu babah ku masih belum ada cucu memandangkan aku belum pernah hamil sepanjang 3 tahun kahwin. Seronoknya masa aku dapat tahu adikku mengandung (bunting pelamin) lepas nikah tahun sebelumnya itu pun tak hilang lagi.

Aku sehingga sempat request nak makan lemang Babah. Sesungguhnya setiap tahun babah buat lemang aku tak pernah teringin nak makan lemang pun. Setakat makan 5-6 potong gitu ajer.. 😆 tapi masa tu aku teringin benar. Pelik tapi aku tak terfikirlah apa.

Pagi 17hb. Ogos, selamat sahaja kami landing di KLIA, aku diambil abah mertuaku. Setiba di Saujana Rawang rumah kami, (SR) aku pun melantak durian. Memang tak ingat dunia makan durian masa tu. Seronok sangat jumpa durian. Setahun sekali lah jumpa kan.. abah dah simpan durian tu dalam freezer untuk kami. Malam itu kami terus ke kampungku sebab adik lelaki bakal nikah pada pagi 18hb. Ogos itu. Padat kan jadual kami? Ya memang selalunya padat sampai tak sempat jumpa kawan. Tak cukup cuti 4 minggu sebab keluarga pun dah besar. Kali ni serius memang jadual sangat padat.

Selepas akad nikah adik lelaki aku

Sebelum akad nikah

Umi pun datang bersama adik iparku

Nur Syah Azzahra bersama paklong dan maklong

Balik tu sempat pergi kenduri anak kawan ibu sambil edar kad jemputan adikku

Selesai majlis akad nikah adik, aku sibuk dengan persiapan raya haji pula. Raya pertama aku di rumah SR. Meriah nya sebab abah dan adik iparku ada buat korban. Alhamdulillah selesai raya haji. Aku ke rumah kampung semula esoknya untuk bantu persiapan majlis kahwin adikku pula yang bakal diadakan hujung minggu itu. Busy betul sebab sarapan pagi hari majlis nanti tuan rumah sediakan dna macam biasa masak lauk tambahan juga. Tapi sepanjang minggu tu aku sangat letih dan kerap tertidur bila tiba maghrib. Pelik tapi aku fikir jetlag aje. Hari persiapan tu mak unggal dan maklang ku sempat bergurau lagi yang aku mungkin mengandung. Hehe. Aku layankan aje. Seronok lah ramai-ramai masa tu tak terfikir nak terasa pun sebab aku dah biasa dan pada aku itu satu doa. Apatah lagi memang aku sepatutnya period pada sehari sebelum majlis adikku itu. So surprisely, aku belum datang haid. Maybe sebab aku penat sangat fikirku tapi lewat sehari dua itu biasa namun period ku tetap datang setiap bulan hampir on time

Nak jadi cerita, aku masih tertidur lagi dalam bilik pada majlis kenduri tu. Kebetulan mak unggal aku dan maklang aku dah berpesan pada aku, jangan buat kerja berat. Aku pun memang tak beria sangat keluar rumah masa tu. Hanya keluar untuk sambut keluarga mertuaku saja. Betul lain macam aku tapi aku ikut aje nasihat orang tua masa tu. Setiap kali terlelap suamiku akan suruh aku baring betul-betul atas katil. Haha. Betul terlelap, bukan sengaja, kaki pun separuh katil sampai cramp kejap. Tapi sempatlah aku dan suami jadi bidan terjun pengapit sekejap sebab tiba-tiba MC announce penganting masuk sanding sedangkan pengapit syok makan haha . Itu adik bongsu aku punye plan dengan MC agak bercanggah dengan arahan Babah aku. Tapi abaikanlah. Mesti ada slack punya satu dua hal dalam merancang majlis ni. Small matter je tu. Masa adik  perempuan ku dulu kes lain. Masa aku kes lain. Haha. 

Lauk kenduri pun aku makan dalam bilik bersama adik ku dan baby Azzahra. Suami kami yang ambilkan. Sikit jerr aku tengok suami aku ambilkan nasi dan lauk. Hah. Sampai sekarang aku ingat! Aku lapar tapi badan tersangat letih semacam. 

Esoknya berkemas di kampung setelah selesai kenduri. Kemudian baru aku dan suami ke SR. Hari aku tiba di SR tu adalah hari keempat aku lewat period. Masih boleh relax lagi. Tapi tiba-tiba suamiku bimbang sebab esoknya kami akan berangkat ke Kelantan. Ya untuk urut peranakan. Itulah salah satu rancangan utama mertuaku mahu kami balik Malaysia. Malam tu, suamiku beli test pregnancy kit untuk tahu jika aku hamil. Seingat aku jam 11malam, aku buat test, dan aku nampak 1 line, aku terus letak test kit tu atas rak cermin bilik air. Masa tu juga suamiku masuk bilik air dan tanya result. Aku cakap, “tengoklah tu 1 line kot”. Bila suamiku tengok, “B!” Aku terkejut lihat wajah suamiku sengih lebar betul sambil tunjuk “double line lah!” Buat pertama kali nya aku macam tak percaya. Sampai tak sempat pakai seluar lagi aku tarik baju suamiku yang dah tak sabar nak bawak test kit tu ke Umi. Tapi tak sempat nak halang, suami aku excited terus ke ruang bawah. 

Aku stay di tangga sambil curi dengar perbualan umi, suamiku dan adik ipar perempuanku, Amirah. Aku dengar suara gembira mereka sambil siap google lagi makaud double line tu. Aku yang tadi masih terkejut, baru terasa sebak di dada. Aku terus turun dan peluk umi sambil mengalir air mata kegembiraan.

 Begitulah saatnya aku tahu aku hamil. Pada ketika itu memang senyum lebarlah suamiku tidur malam. Lupa cerita, umi terus call Mumah di kelantan untuk batalkan urut. Pantas kauuu! Ayah war suami Mumah pula sempat meneka bahawa anakku kandung adalah boy! Haha surprise! Tapi planning balik Kelantan tetap diteruskan. Berdebar, nervous, risau, excited sebab nak balik Kelantan pertama kali, semua bercampur! 


I
Yang diidam

Welcome to the family, Hana

Motor Hafriz

Cantiknya gambar keluarga ni

Aku pun buat kerja taw hihi

Kesian Azzahra tak sihat

Anak buah first keluarga mertua, Afi Arjuna!

Oh Lemang!!!

Persiapan majlis kahwin. Busy kan.

Korban di masjid

Tudung purple tu lah Mumah (kakak umi)

Princess makngah ni.. Alina dan kakak Ailani 

Selamat Hari Raya AidilAdha


Colek cuka pun dah bedal masa tak tahu pregnant

Belated birthday Adibah #adikbongsu

First day jumpa Azzahra

Aku nak cakap satu je kat sini, niat kita Allah yang tahu. Usaha kita biar Allah yang adili. Tawakal kita hanya kerana Allah. Apapun kita buat tak ada erti jika tidak mendapat berkat dari Allah dan ibu bapa.
Aku percaya hikmah Allah di setiap kejadian dan aku yakin tidak sia-sia setiap doa yang dikirimkan hamba-Nya. Semoga Allah sentiasa memberkati aku, keluargaku dan sahabatku.

Wednesday, 13 February 2019

Tiga tahun di perantauan, hey aku bukan budak sekolah!

Assalamualaikum

Banyak yang berlaku sepanjang 3 tahun aku dan suami di UAE. Ya, kami masih menetap disini. Banyak perkara yang kami belajar dan telah sedikit banyak mendewasakan kami. Aku yang tunda untuk tulis blog sebab semakin busy dengan aktiviti bersama kawan2 disini dan last time aku update blog masih tahun 2015. Tahun paling indah aku dan suami sebab baru kahwin kan. Kemudian aku tiba2 decide stop tulis blog ketika aku sedang dilanda krisis. Haha. Drama happen ok. Dalam berkawan sepanjang hidup aku, itulah pertama kali aku kenal dan rasa di pulau. Tapi seolah aku yang pulaukan kawan. Hey, aku bukan budak sekolah lah, nak layan semua ni. Tapi aku pilih berdiam diri, kawan juga, selepas berkali-kali kau nak sentap, sudahlah aku pun tak heran lah drama murahan. 

Mungkin cerita aku ni sebelah pihak tapi aku cuma baru rasa perasaan berkawan dengan kawan2 yang aku boleh katakan orang yang talam dua muka, tikam belakang, kuat cemburu, sentap!? What the h****?! Childish, media social addicted (asal sentap guna media sosial, macam tu ke beretika?), buruk sangka, habis madu sepah dibuang, mengharapkan balasan dalam setiap kebaikan, ikhlas atau kepentingan? pentingkan diri.... Masa tu, hati ni kerap cuba memaafkan.. Aku buntu, banyak cerita yang rupanya diputar belit selama 2 tahun. 

Tapi kes tu tak selesai pun secara terang terangan, apa pun akhirnya setelah 2 tahun berlalu, aku lebih tenang kini.  Sebab tuhan bagi aku nampak satu-satu benda yang aku sendiri minta dari Allah, berdoa mohon dijauhkan dari orang yang tak baik untuk aku, dekatkan jika itu yang baik untukku. Aku speechless. Memang ada sebab tuhan tutup aib kita masing2...belum tentu kita kuat bila kita tahu niat buruk orang pada kita. Depan kita pijak semut tak mati... aku dah mohon maaf atas sebab silaturrahim, selebihnya aku serah pada tuan badan masing2. Jadi aku kerap dan terus cuba memaafkan pada masa yang sama. Aku mengaku aku stress. Aku menangis. Aku sedih. Aku juga di ceramah suamiku dan dah memang jadi tanggungjawab suami untuk bimbing isteri. Alhamdulillah aku ada suami yang menegurku. Remuk dan pedih hati semua takyah sembanglah macamana rasanya. Sebab macam aku cakap lah aku pertama kali gaduh2 macam budak sekolah ni. Zaman sekolah pun tak pernah rasa gaduh taw! Haha. Tapi aku juga jadi lebih memilih dalam pergaulan. Nak cakap aku berubah jadi sombong, silakan. Aku kena simpan sikit peramah aku tu, aku perlu utamakan suami aku. 

2016, 2017, 2018... Aku semakin tahun semakin bertambah umur, semakin fokus, semakin matang seharusnya, semakin banyak tanggungjawab dan semakin kuat dalam ujian kehidupan. InshaaAllah. So aku taknak cerita details apa sebenarnya yang berlaku, aku redha dan syukur. Alhamdulillah. Aku pasti Allah maha adil dan mendengar, sentiasa menerima taubat hambaNya.

“Dengan kemaafan tetap tidak dapat mengubah perkara yang sudah berlaku. Namun dengan kemaafan itu, dapat memberi harapan bagi masa depan.” - Paul Boese.

Thursday, 8 October 2015

5 Oktober untuk ke 25 kali dalam hidupku

Kalau ikut jam aku, masa tu...

4 Oktober,11:59pm Malaysia  7:59pm UAE. Sedang aku duduk kekenyangan makan nasi lauk sardin goreng kicap, ada call masuk. Pelik la husband sendiri suke ber'whatsapp' je apa-apa hal. "Assalamualaikum" serentak aku menjawab  "Assalamualaikum syg?" "Hello" sekali lagi, "Waalaikumussalam, dengar tak?" Semacam happy suara tapi kenapa??

"Happy birthday to you b" 

5 Oktober jam Malaysia. Terima kasih buat pertama kali nya kamu bukan orang terakhir atau orang keesokan hari yang wish birthday seperti 9 tahun perkenalan kita sebelum ini, tapi kamu orang pertama! Haha ada kemajuan.


Tapi tentang wish tu, aku sempat jawab "Eh..terima kasih..dah birthday ke? baru lepas makan nasi ni..emm" *gelak* *speechlees* *sambil tengok jam* *kredit Maxis ku habis* (call duration 01:12 minutes) Cis, potong betul.

Kerja baik-baik ya. Jumpa subuh nanti. Husband shift malam daaa on that day...hehe

Semoga kita diberkati Allah, semoga dipanjangkan jodoh kita ke syurga. Ameen.



Sedang bekerja, sempat upload ucapan hari lahir.
Betul ke husband I ni...eh eh.

Ni namanya kek rindu ibu. Setiap tahun hari lahir ku ada kek walau sepotong. Chewahhhh, ibu akan buat kek walaupun bukan pada tarikh 5 Oktober. Yela, kadang masa pun takda. But ingatan tu penting, haha. Maka terjadilah kek ni pada tarikh 7 Oktober, jam 2pagi. Aku guna tepung dah siap campur bahan buat kek tu, tapi loyang agak besar, jadi aku adjust lah sendiri. Tambah tepung, baking powder, separuh paket kecil Nescafe dan susu segar. Tengah masak, boleh pulak tak perasan plug Oven tu ter'off' sediri rupanya, actually baru tahu plug ada problem. Ada bau hangit sikit. Pastu sentiasalah tengok oven tu membakar ke tak. Then, dah siap, atas tu aku buat sendiri tulisan tu dengan campuran butter dan gula, perasa pandan, pewarna hijau dan sirap tuk warna pink. Di tepi kek aku tepek ajer Nuttella. Nyum nyum! Nuttella kot mestilah sedap, haha.



I made my own birthday cake for the first time.


Sunday, 4 October 2015

Lego Si Dia, Sketchbook Aku dan Colouring Book Kami

Al kisahnya, bulan September iaitu bulan ke-empat kami sebagai suami isteri dipenuhi dengan kisah minat ataupun boleh dikatakan hobi kami.

Dari dulu aku memang suka melukis.

Encik Suami pun berusaha untuk mencari sketchbook dan membeli pensel warna untuk Si Isteri. Encik Suami risau agaknya Si Isteri bosan di rumah.

Oh Thank You, Sweetheart.

Tetapi aku ni kalau mewarna, reti meniru dan mewarna air je. Warna pensel macam tak selalu buat. Jadi Encik suami yang tak sabar nak mewarna. Dimintanya aku melukis. Aku tak lah reti nak lukis permandangan secara terperinci, ala-ala potret boleh lah. Tetapi, lukisannya hitam sana sini. Haha.

Testing nak lukis gambar masa kawen sendiri.

Makanya, pada suatu hari gigih mencari kedai buku, kami rindu lepak di kedai buku masa dating sebelum kahwin pun banyak masa dihabiskan di kedai buku, kedai sukan dan pet shop. Kadang kala menonton wayang berdua atau bersama adik, kawan, serta keluarga.

Terjumpa lah Magrudy's di Bawadi Mall, Al Ain je. Dengan seronoknya Encik Suami terjumpa buku mewarna yang dicarinya.

Dapatlah kami mewarna bersama-sama di depan tv sambil berbaring secara bebasnya. Haha. Bonding time sangatttt.....

Sebenarnya pelik tengok Si Suami di kawasan Arts nihh..


Enchanted Forest. Setahun pun tak pasti boleh siap ke tak mewarna.
Nanti kita close-up rupa lukisan Johanna ni. Memang cantik dan teliti ahh.


Sempat melawat di Ikea, Al Ain. Tapi sini kecil showroom nya.
Lebih kepada Collect & Ordering.


Dan ketika itu juga die jumpa Lego. Habislah minat baru Encik Suami selain berfutsal, Lego! Selepas itu kami ke Toy R Us pula.. Tapi aku pun suka tengok Lego tu jadi tak terhalang la pulak bila Encik Suami berbelanja ke 'Lego' dia tu haha.

Ni baru mula-mula minat nih. Kalau minat nya menjadi-jadi,
tak tahu lah den nak khaborkan cemano.


Hari Raya Aidil Adha turut tiba pada bulan September. Aktiviti kami berkelah di Green Mubazarrah, Al Ain pada malam raya.

Berlatar-belakangkan Jabal Hafeet.
Pagi raya pula, kami pakai baju raya dan macam biasa meluangkan masa Skpye dengan keluarga di Malaysia. Raya kedua, Encik Suami mengorban kerja Overtime untuk meluangkan masa bersama isteri. Hihi. Apa lagi, kami ke Abu Dhabi memandangkan aku nak sangat minum Chatime disitu. Saja test drive "karpet terbang" tu jalan jauh sikit.

Disebabkan cuaca masih panas, kami ke Yas Mall saja. Niat nak ke Ikea Abu Dhabi di pendam je lah dulu. Penat weyhh jauh lah dari Al Ain ke Abu Dhabi. Sama macam ke Dubai.

Disini kami melawat kawasan yang tertentu je hehe. Ke Hamley's, ke Lego, Marks & Spencer, Virgin (kalau tak silap nama kedai jual macam-macam barang menarik, tak taw lah nak describe, nanti edit balik blog), ke Borders!, kemudian kesemua kedai sukan. Kecuali kedai kasut. Disebabkan aku pakai heels, dah penat nasib tak merengek nk masuk kedai kasut juga.  ðŸ˜‚😂😂

Self-Watering Smartport. Membesar sendiri tumbuhan nya- Antara barang menarik di kedai yang aku tak pasti nama kedai tu "The Virgin" ke apa ntah.

Apa senyum-senyum? -Hamleys' , Yas Mall, Abu Dhabi.

Borders, Yas Mall.

Balik Encik Suami belanja makan di Bandung Restaurant, Seronok lahhhh dapat makan pedas macam Malaysia. Tapi mahal gilos. Dua orang makan hampir 100 Dirham. Haha. Jangan selalu, sesekali okeylah.


Muka ada Happy depan makanan.
-2nd time ke Bandung Restaurant, Abu Dhabi.

Dan bila sampai di Abu Dhabi, mesti singgah kedai berdekatan situ yang ada jual barang makanan yang tiada di UAE seperti tempe, pucuk ubi, daun pandan, tauhu kering, daun sup, keropok, popadam, nasi impit segera, petis, lagi apa ya? Tak ingat. Aku nak beli daun pandan tapi takda stok. Biasalah barang rare kan. Harga mestilah mahal dari biasa. So kami beli Tempe 9 keping, buat makan sendiri dan buat sedekah kat jiran/kawan di Shabiyat Difa dan Shabiyat Maqam, Al Ain. Susah nak dapat, jadi kirim atau share lah dengan kawan. 😊😆

Misi seterusnya: Membeli alatan mewarna air.

Misi di musim sejuk yang bakal tiba hujung tahun ni: Melawat Ikea dan Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi, Melawat banyak tempat di Dubai dan shopping Jubah di Dubai atau Sharjah sebelum balik ke Malaysia awal tahun depan.

Cukuplah tu kot, nak pergi ke Ferrari World tu boleh tahan kos nya. Haha. Tapi memang sangat menarik hati. :p

Saturday, 29 August 2015

Kami dah ada 'karpet terbang' sendiri

Bulan ni agak beremosi. Penat set up rumah dan juga menyesuaikan diri di tempat baru diteruskan lagi dengan usaha encik suami mencari kereta second hand untuk kegunaan kami di sini. Busy lah. Ada sekali tu seminggu balik kerja, keluar semula sampai jam 2 atau 3 pagi kemudian pergi kerja semula pukul 6.30pagi. Sebab sini jauh-jauh tempatnya so pergerakan tu memerlukan masa dan kos. Jadi, duit mengalir pun macam air. Macam-macam dugaan dan cabaran juga, seperti dah janji dengan owner kereta untuk berjumpa di Dubai setelah separuh perjalanan, tiba-tiba cancel, kereta kawan temperature overheat lah dan pelbagai lagi lah.. Kos jangan tanya.

Tapi bersyukur sangat sebab dapat kawan-kawan yang baik dan tolong dengan ikhlas. Boleh tahu tu. Kami doakan dipermudah urusan dunia kahirat diorang yang berkorban masa, tenaga offer diri tolong kami. Yela suami aku tu pemalu, dan sangat taknak menyusahkan orang, orang susahkan die takpa.. Haha. Aku plak bebel bebel, cepat marah tapi tak sampai hati (Mengada kan? -kata suami). Salah seorang sahabat yang membantu kami tu, wife nya di Malaysia sedang sarat mengandung, kami doakan dipermudahkan lah urusan nya bersalin nanti. 

Bukan keputusan dan kerja yang mudah tapi bila difikirkan penting untuk ada kenderaan sendiri. Banyak faktor yang kami rasa mendorong untuk kami mencari kenderaan sendiri. Antaranya:

Pengangkutan untuk pergi kerja. 
Memang lah disini boleh menumpang kawan tapi jikalau shift sama. Memandangkan ada perbezaan jenis shift sebulan pagi, kemudian rotate sebulan malam, ada yang rotate setiap dua minggu dan ada juga yang hanya morning shift atau night shift ajer. Yang tu takyah explain lah mengapa sebegitu. Oh ya, van ade disediakan tapi biasalah ada lah kekurangan dari segi waktu pickup pekerja yang tak tentu kadang awal sangat, kadang ikut suka driver lah. Ehhhhh.....

Sakit. 
Memang sangat penting kereta untuk transport bila sakit, or any emergency cases, yang boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita mahu. So bersedia, dan tak perlu tunggu lama untuk bertindak. Dengan izin-Nya. Especially ibu mengandung ker kan....mana lah tahu, aku belum lagi la sekarang ni, Dah jangan tanya lebih-lebih. Rosak honeymoon orang.

Masa yang flexibel. 
Dah tentu lah kami dapat urus masa dengan lebih mudah, dan menjimatkan masa ikut suka hati lah. Takdelah pening kepala okey, this week lauk habis ke, perlu pergi mana? Bila? Kadang tempat yang dituju bukan satu tapi dua, tiga tempat lain-lain urusan dan tujuan ya. Dapat rehat secukupnya. Tak tergessa-gesa. Selesa so dapat minimakan stress kadang-kadang tu. Kalau ada urusan yang perlu time-off sebentar atau half day, tak perlu susah tunggu teksi, perlu call dulu apatah lagi kalau urgent. Masa merancang pun lebih cepat.

Bajet. 
Dari segi bajet, dah tentu kami ada pertimbangkan. Sewa kereta, naik teksi dan pinjam kereta kawan. Everything melibatkan kos. Kami telah tetapkan certain bajet untuk kereta. Which mean, the cost shud not exceed the budget to makesure we're still can commit with others essential needs like house rent, food, and bla bla bla...comitment di Malaysia (keluarga dan rumah) oh ya, loan also, for at least 3 years from now. So dengan itu sila simpan keinginan nak kereta hebat-hebat ya. Walaupun hebat, kemudian merana, susah juga. Almaklumlah ramai kawan-kawan pakai kereta hebat BMW, Chevrolet and macam-macam lagi disini. Alhamdulillah kami dapat cari yang murah dah, banyak juga perlu di baiki (servis dan tukar ganti sparepart tak banyak) tetapi as long as still dalam bajet dan tarikh keluar kereta tu tidak lama sangat serta keluasan yang mencukupi. Bukan apa, kami mementingkan keselamatan, jadi kami akan pastikan kereta selamat untuk perjalanan jauh juga memandangkan disini lokasi satu tempat ke satu tempat jauh.

Perasaan selesa dan tenang. HAHA. 
Bunyinya sesuatu sangat kan.... Maksud disini, kami taknak menyusahkan orang, dulu suami tu bujang tak mengapa lah, kini dah berkeluarga. Well, manusia pun ada kelemahan, kita ni makin lama hidup makin banyak belajar dan kenal kehidupan. Tak salah rasanya mencari keselesaan sendiri dan ketenangan hati. Kami amat memahami situasi mereka yang takda transport sendiri, kami berharap kami pun dapat membantu orang lain. Hidup berjiran, bermasyarakat, ambil yang positif, kita buat yang betul, abaikan salah orang. 

Kalau ada lagi poin, aku tak ingatlah. 

Tapi pada masa yang sama bulan ini pun kami masih dalam proses settle kan visa dan kad insurans aku.. Ulang alik pergi medical checkup dengan teksi. Jadi, agak serabut di situ. HAHA. Naseb kami hot, cool, hot, cool balik... kelmarin 27hb kut kalau tak silap. Siap dah Visa dan insurans...tinggal tunggu Emirates ID aku. Tertera di Passport bahagian visa 3 tahun menetap, House wife  kepada encik sposor, Suami. HIHIHI. Suke? Suke ar suri rumah. Best. 

Karpet tebang kami di bumi padang pasir..ada aircond taw :p
Si Comel putih ni belum ada nama. Haha aku memang suka bagi nama pada kereta. Di Malaysia aku sudah ada Elegant Brown, kereta tempatan Malaysia Saga FLX (ofcourse sedan..i like sedan). Banyak kali aku bermonolog, kau bukan sehebat BMW, Mercedes tapi kaulah yang bakal jadi saksi susah senang kami dari mula nak dapatkannya sehinggalah tak tahu berapa lama kami disini.

Minggu terakhir Ogos, suami seperti biasa bawa aku ke Bawadi Mall untuk hantar duit ke Malaysia. Aku suke lah keluar. Aku telah jatuh hati dengan Marks & Spencer buat kali kedua. Kalau dulu maksu hadiahkan blouse yang sangat cantik dan selesa dari Marks & Spencer, sekarang aku suka pada lingerie dan kasut. But more to garment and lingerie lah... bukanlah suruh shopping tiap minggu disitu. haha..pandai-pandailah kau, duit kau. Sini cuma nak cakap, beli bila sales cam aku, dapat less dan barang berkualiti. Beli sikit-sikit. Haha. Terima kasihlah encik suami kerana melayan isteri anda, lepas ni aku duk diam haha.. Nanti kita cari barang awak pula. ;)

Okey malam tu juga, keluarga kecil suami aku mesej nak datang rumah kami breakfast katanya. Suami tanya aku, "bolehhh..datanglah" (memandangkan senggugut pun dah berkurang). Aku dah anggap macam keluarga aku juga. Merekalah orang tua kami di sini. Aku tak pro lah masak banyak-banyak nih... haha dulu masa mai sini, tak reti bajet sikit ni dah tak reti bajet banyak pulak.

So, di Bawadi Mall, main boling. Kemudian ke ACE Hardware untuk cari bahan yang boleh membesih dalam kereta dan kemudian misi mencari jaket jeans aku (cancel sebab dah takda saiz), tukar plan cari aku punya barang lingerie dan tiba-tiba suami kata belilah wedges tu kalau dah berkenan, Yes! lepas ni boleh keluar jenjalan pakai skirt, baru nampak tak pendek. Aku ni gila kasut, dari Malaysia aku bawa dua heels, satu pasang flat shoes, satu pasang selipar dan satu pasang sport shoes. Bila nak pakai kain, perlu sesuatu yang nampak tak rendah hahahah......wedges sesuai tuk aktiviti kasual, apatah lagi di kawasan berpasir nih. So seronoklah impian tercapai.

Sampai rumah pukul 1 pagi, mengemas dan memasak. Aku teringin makan kentang putar. Buat kejap simple je. Rebus kentang sampai empuk, lenyek dengan susu segar, lada sulah, lada hitam dan aku tambah sikit cream cheese. Gravy takyah lah..

Tak tidur sebab subuh jam 4.20pagi. Lagipun bulan ni suami shift malam, so mata memasing da biasa segar..pagi dah terang nanti baru tidur. Aku proceed lah dengan menu untuk tetamu special pagi tu, Nasi Lemak, Ayam goreng salut tepung dan kek honey (beli). Minuman, suami request nak Teh Susu. Jarang buat Teh Susu. Biasa buat kalau dirumah mertua ajer..


Nasi lemak. Teh susu. Kek Honey. 
Keropok Kelantan (my favourite)

Candid . Dari kiri, Pak Wan, Abg Faizal, Pak Rashid, sahabat suami,
'adik bongsu' mereka my lovely husband 

Santai minum teh susu dengan honey cake..Lawak Ker Der 5

Alhamdulillah seronok rasanya dapat jamu mereka makan. Terima kasih pada suami yang rajin bantu isteri menyediakan juadah untuk tetamu dan ofcourse mengemas rumah. Awak memang pandai berkemas.

Agak kasar perbelanjaan bulan ini. Tapi tak mengapa, kita tetap ada bahagian rezeki kita apatah lagi kalau kita selalu jamu jiran atau tetamu dengan makanan dan layanan yang terbaik. Syukur, kini transport pun tiada masalah.

September bakal menjelang, Are you ready?

Monday, 10 August 2015

Aidilfitri 1436H dari UAE

Gambar candid beraya di padang pasir, Julai 2015.

Raya kali ini memang sangat berbeza. Post yang sebelum ni malam raya kami berkumpul di rumah sahabat. Jadi, tak masak juadah raya untuk esok. Memandangkan kami saje yang ade tanpa keluarga, so mood tu semacam lain kot. Aku cuma merebus nasi himpit segera yang dibawa dari Malaysia untuk sarapan dengan serunding daging yang dibekalkan oleh mertua aku. Pak Rashid dan Nabil yang pulang ke Malaysia untuk berhari raya menyerahkan kunci kereta kepada Suamiku untuk kegunaan kami jika diperlukan. Memang begitulah kita diperantauan ni, semua membantu, Alhamdulillah.

Keesokan pagi, aku berkesempatan ber'skype' dengan keluarga aku. Seronok nya tengok diorang. Oh ya, tahun ini pertama kali nya aku tak terlibat langsung dengan proses bakar lemang. Biasanya aku akan tolong babah. Termasuklah masak di dapur. 100% rindu kot! 
Gambar diambil daripada Instagram adik kesayangan aku

Raya pertama kami 4 keluarga kecil beraya ke rumah seorang kenalan dipanggil Abang Khalid dan kelaurga. Dapatlah makan soto dan rendang ayam. Best. Kemudian, kami pergi shooting di padang pasir yang ada. Haha. Bergambar kenangan. 


Hey dessert, here we are!
Selfie wajib!
Bersama ibu mithali dan hero nya.

Di kanan aku pasangan Zue & Wak, di kiri aku pasangan Awa & Own.
Picture credit to Husband, Amirul
.

Balik baru aku sempat nak masak kuah kacang pula. Alhamdulillah favourite aku ni. Kuah kacang berlauk ayam.


Nasi Himpit + Kuah Kacang Ayam + Serunding Daging
Raya ke-2, kami ke rumah Kak Mimi dan Abang Helmi. Jangan tanya aku siapa mereka, kita beraya bersama dengan orang kampung (Malaysia) kita yang tak dapat beraya di tanah air. Perantauan sangattt. Nama pun raya kan.
Rumah kak Mimi dan Abang Helmi (Kak mimi tiga dari kiri)

Kemudian kami ke Bowling Sport Centre meneman suami-suami kami bermain boling. Jeles betul tengok diorang main. Next, alang-alang di Abu Dhabi, kami ke Yas Mall untuk mencari Chatime! Rindu seyh dengan pearl hitam dalam minuman tu. Terlalu ramai orang di mall kerana public holiday  kan. Aku tertarik dengan jubah abaya rakyat tempatan termasuk high heels mereka. Ada yang pelik-pelik tapi kita tengok yang cantik ajer. Kali ini abaya mereka bercorak moden dan warna tidak tertumpu pada hitam sahaja. Nanti nak cari!
Ber'chatime' di Yas Mall, Abu Dhabi
Makan malam pula di Bandung Restaurant (Orang Indonesia ramai bekerja disini). Punyalah happy aku sebab dapat makan nasi ayam penyet. Berselera. Kemudian sederet kedai tu, ada kedai yang menjual barang makan dari Malaysia yang susah didapati di UAE. Tetapi mestilah harganya agak mahal dari biasa, contoh Tempe sepeket 5 dirham. Aku turut borong beberapa barang seperti tempe, sayur pucuk ubi, keropok warna-warni, tauhu, lepastu tak ingat dah tapi total dalam 85 dirham. Haha.


Restoran Bandung, Abu Dhabi, UAE.

Raya ke-3, beraya di Al-Ain sahaja. Dapat pula makan nasi ayam di rumah Saifullah dan Wan Masriya. Sebelah petang, suami membawa aku ke Bawadi Mall, menghabiskan cuti nya kerana esok sudah mula bekerja. Mestilah seronok sebab dapat makan sedap-sedap. Rindu betul nak makan di TGI's Friday bersama maksu. Dan ini sebenarnya kali pertama aku dan suami berpeluang makan di sini. Alhamdulillah.



TGI's Friday, Bawadi Mall, Al-Ain.


Very SWEET and Very SOUR, complete our day.
Yummy, dessert!

Senyum kenyang sampai pagi habaq hangggg! Thank you sayang. Next week nya, aku excited seyh nak masak sayur pucuk ubi tu. Maka terhasillah Masak lemak putih pucuk ubi aku, sambal belacan, ikan goreng, telur dadar dan kuih Tepung Bunga!







Selepas seminggu, aku rebus ketupat palas segera yang aku jumpa dalam almari. Haha. Aku pun masak rendang daging sebab masih rasa tak lengkap juadah raya hari tu.



Kali ni rendang menjadi.

Atas permintaan, aku dengan tengah teruk senggugut ada hati nak buat makan-makan merangkap house warming di rumah kami pula. Sungguh bertuah sebab dibantu oleh Kak Fadz. Dan datang pula Zue pada sebelah petang dengan membawa bekalan nasi himpit tambahan. Maklumlah aku sampai 3 kali buat nasi himpit sendiri baru menjadi, tapi risau tak cukup pula. Tempe pun ikhsan kak Fadz untuk aku yang gila craving makan kuah lodeh pelengkap Lontong kite.

Menu yang dapat disediakan, Spaghetti Bolongnes, Lontong, Puding Roti dengan Pisang, Murtabak Ayam dan suami tambah pula Pizza Hut. Aku ada baki sedikit daging, aku buat lah dengan santan tak ada, tambah kemudian. Rasa nya amat berbeza dari sebelum ni. Haha. Kurang menjadi. Malam selasa tu, memang meriah. Alhamdulillah.